Selasa, 25 November 2008

Aku dan Blog

Salam perkenalan aku hulurkan kepada pengunjung yang melawat atau terlawat blog yang baru saja aku mulakan hari ini. Sebenarnya aku sangat teruja melihat rakan-rakan yang telah lama berkecimpung dalam menulis laman blog masing-masing dan aku rasa aku tidak mahu ketinggalan dalam perkara ini.

Tujuan utama aku menulis blog ini adalah untuk berkongsi perjalanan hidup aku yang penuh berliku sehingga aku menjadi sepertimana aku sekarang ini. Walau bagaimanapun, aku amat berharap kepada sesiapa yang sudi memberikan sebarang pandangan atau cadangan dalam memperbaiki isi kandungan blog aku ini. Yang pasti, aku memang baru dalam dunia blog ini dan amat memerlukan tunjuk ajar kalian semua.

Terlebih dahulu aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada kalian yang telah memberikan inspirasi untuk aku memulakan blog ini.



Tiada ulasan: